Ayuh Kembara – Nawi ft. Muariffah & Muyu Mizzy

Title: Ayuh Kembara
Song by: Nawi ft. Muariffah & Muyu Mizzy
Produced by: Nawi
Co-produced by: Muariffah
Composed by: Muyu Mizzy
Written by: Nawi, Muariffah & Muyu Mizzy
Arranged by: Al-Z at IBP Studios
Recorded by: Al-Z at IBP Studios
Mixed by: Al-Z at IBP Studios
Mastered by: Al-Z at IBP Studios
Published by: Irama Bayu Productions

IBP Studios
http://www.facebook.com/iramabayu

Nawi
http://www.facebook.com/officialnawi
http://twitter.com/Nawi24

Al-Z
http://www.facebook.com/official.alz
http://www.twitter.com/alzubyr

Muariffah & Muyu Mizzy
http://www.facebook.com/Lawa-Nie-Geng

Lirik

(Intro: Muyu Mizzy)
Kembara x7

(Chorus: Muyu Mizzy)
Ayuh, sampai ke mana, penat lelah kita terus melangkah,
Ayuh, sampai ke mana, rialitinya tak pernah kita duga,
Bawakan aku, (Ayuh Kembara),
Bawakan kamu, (Ayuh Kembara),
Kita semua, (Ayuh Kembara),
Kejar saja cita, (Ayuh Kembara),

(1st Verse: Nawi)
Bangun, bangun, bersiap di pagi yang indah,
Bismillah, kaki kiri melangkah keluar rumah,
Pasang azam tinggi buangkan segala resah,
Buka buku baru, mari kita cipta sejarah,
Dari pulau rentas laut ke tanah besar,
Budak kampung bercita tawan bandar besar,
Jauh perjalanan luas pandangan,
Tempuh semua sempadan bebas halangan,
Kalau ada dugaan jangan susah hati,
Kalau ada masalah jangan cuba lari,
Tapi cuba tenangkan diri dan hadapi,
Hati-hati silap langkah nanti makan diri,
Sampai mana ku pergi, paling tinggi ku janji,
Jauh mana ku pergi, ku pastikan kembali,
Siap sedia masa untuk kita mara,
Mari teruskan perjalanan ayuh kita kembara,

(Chorus: Muyu Mizzy)
Ayuh, sampai ke mana, penat lelah kita terus melangkah,
Ayuh, sampai ke mana, rialitinya tak pernah kita duga,
Bawakan aku, (Ayuh Kembara),
Bawakan kamu, (Ayuh Kembara),
Kita semua, (Ayuh Kembara),
Kejar saja cita, (Ayuh Kembara),

(2nd Verse: Muariffah)
Pesan familia, carilah cahaya,
Bukan bawa peluru, senapang tiada guna,
Bakat kurnia biar jadi cita-cita,
Mungkin jadi lagenda himalaya ku kembara,
Pusing mana-mana bukan aku kata tidak,
Keliling cubaan ingat mana aku pijak,
Hidup ada kurang bukan itu alasan,
Yakin mara depan lihat cari keajaiban,
Bangun biar terus daki,
Rama-rama juga boleh terbang lagi tinggi,
Tiada penamat untuk kaki berhenti,
Perjalanan masih jauh terus mengejar mimpi,
Ayuh capai destinasi,
Cuba kekal semangan setia menemani,
Jauh merantau, harap tidak akan lalai,
Dengan izin tuhan moga selamat sampai,

(Chorus: Muyu Mizzy)
Ayuh, sampai ke mana, penat lelah kita terus melangkah,
Ayuh, sampai ke mana, rialitinya tak pernah kita duga,
Bawakan aku,
Bawakan kamu,
Kita semua,

(3rd Verse: Muyu Mizzy)
Kosongkan minda, terus panjat tangga,
Biar mandi peluh, itu tanda usaha,
Mereka kekal mereka, kita kekal cuba,
Keluar dari kotak yang mereka bina,
Kata-kata tak bawak apa kita istimewa,
Sihir macam mana jangan risau Dia masih ada,
Usah malu tadah tangan, mintak pertolongan,
Dia maha penyanyang takkan lepas dari pandangan,

(Chorus: Muyu Mizzy)
Ayuh, sampai ke mana, penat lelah kita terus melangkah,
Ayuh, sampai ke mana, rialitinya tak pernah kita duga,
Bawakan aku, (Ayuh Kembara),
Bawakan kamu, (Ayuh Kembara),
Kita semua, (Ayuh Kembara),
Kejar saja cita, (Ayuh Kembara),

All tracks produced, recorded and published by IBP Studios
All rights reserved Irama Bayu Productions © 2013

Category: Music Videos